Sunday, 19 February 2012

Apam Polkadot Lagi...~Atiee Aidil~

Assalamualaikum...

Entri kali nie pasal Apam Polkadott yang ditempah oleh para pelanggan...

Nie tempahan dari bulan Disember 2011 hinggalah awal bulan Febuari 2012...
Tak dapat nak update selalu...kerana masa yang begitu mencemburui ku...hi...hi....
Kalo ikutkan setiap Tempahan nak buat Entri sebab ader story-morynya..tapi tak sempat la....

Ok.... ~Atiee Aidil Mempersembahkan :-

Nie tempahan dari ~ Lia (Bukit Mertajam)

 Nie tempahan dari ~ Masdawani (Kawan Ofis)



Apam 2 Versi



Apam Bee Tempahan Dari ~ Nadiatol (Kajang Perdana)

 Tempahan Dari Pelanggan Tetap

 Tempahan Dari ~ Fasha (Shah Alam )

Tempahan Dari ~ Syaz (Langat)

 Apam Bee

Apam Strawberry vs Apam Polkadott

 Tempahan Dari ~ Ezat Dayana (Kawan Sekolah Lama)

Tempahan Dari ~ Kak ZIzah (Kawan Ofis)

Tempahan Kedua Dari ~ Mas (Langat)

Tempahan Dari Pelaggan Tetap ~ Kajang

Tempahan Dari ~ Kak Zizah (Kawan Ofis)

Tempahan Dari Pelanggan Tetap ~ Kajang

Tempahan Dari ~ Mas (Langat)

Tadaaaa....Siap untuk Dihantar

Tempahan Dari ~ Nadiatol (Kajang Perdana)

Pada sesiapa yang berminat...leh la calling2 untuk tempahan
Ader pelbagai FILING
~ Coklat
~ Strawbery
~ Peanut
~ Rasbery
~ Oren
~ Kaya

~ ~ Regular Customer : Setiap minggu pasti ader tempahan dari nya *Alhamdulilah*

Thursday, 2 February 2012

Angry Bird...~Atiee Aidil~

Hiii...

Assalamualaikum

Entri kali nie tentang Angry Bird yang cute miut gitu...

Nie Handmade Pillow saiz A4 tempahan dari kak Nor Azizah untuk anak bujang nyer HAIEQAL yang memang keletah & comel

Jom kita cuci mata dengan hasil Atiee Aidil yang dibuat dengan sepenuh hati

 New Owner
HAIEQAL

 GOOD LUCK

 Angry Bird
HAIEQAL

Nie Full Image Handmade Pillow sebelum gemook...

Sesiapa yang berminat leh la hubungi Atiee Aidil di 017-2790523 untuk TEMPAHAN

Tuesday, 3 January 2012

Tak Terkejar Oleh Ku....~Atiee Aidil~

Alhamdulilah....

Masih lagi bisa menghirup udara segar dibumi indah kurniaan ILAHI...
Masih lagi bisa melihat panorama indah ciptaan ILAHI...
Masih lagi bisa merasa keindahan hidup ini...

Selamat Tahun Baru 2012..

Azam?Carry Foward azam yang lalu...yang masih xsucess lagi...Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang akan menentukan semuanya...Insyallah...Ku Mahu Kehidupan yang ku lalui LEBIH BAIK dari tahun lepas...

Alhamdulilah...Lately nie..buzy skit...
Rezeki kami sekeluarga kian bertambah....
Impian tahun-tahun sebelum nie nak dicarry fowardkan balik...Jadi...
Pandang kehadapan..Usah difikirkan lagi apa yang telah berlaku...Usah dikenang lagi apa yang telah dilalui...Walau Sepahit...Sehitam masa lalu....Kehidupan perlu diteruskan...
Ku bangkit untuk terus berjaya didunia & di akhirat...Insyallah...

Ya Allah....Permudahkan segala urusan ku...Berkati segala usaha ku...Bahagiakan kehidupan ku...AMIN...

Friday, 30 December 2011

Lamanya...

Alhamdulilah...Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dari NYA kepada ku hambanya yang kerdil

Lama sangat tak update berita sensasi hiburan terkini kt blok kesayangan ku... 

Lately nie ku sibuk sikit...Alhamdulilah...Rezeki anak ku...Betul la ada orang kata anak nie pembawa rezeki...
Alhamdulilah...Rezeki kami bertambah-tambah...

Opsss....xsempat lah nak update gambar hantaran..Insyallah..bila semuanya kembali seperti biasa...


Monday, 19 December 2011

Pergorbanan...~Atiee Aidil~

Aku dan ibuku tinggal berdua di rumah peninggalan ayahku yang telah meninggal dunia ketika aku baru lahir.

Ibuku bekerja memasak di kantin sekolah ku. Hidup kami walaupun susah namun ibuku amat menyayangiku cuma aku tidak sedar. Ibuku buta sebelah matanya, aku sangat malu dan sangat membencinya. Suatu hari saat aku masuk sekolah dia datang ke kelasku dan mengucap salam kepadaku.

Aku begitu malu di depan teman-temanku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku di hadapan kawan-kawanku. Lalu aku tidak pedulikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya sambil berlari pergi. Keesokan harinya salah seorang kawanku mengejekku dengan berkata “Hei ibumu hanya punya sebelah mata”

Saat itu aku merasa ingin mati sahaja, dan ingin ibuku itu hilang dan pergi dari kehidupanku. Lalu aku bertengkar dengan ibuku seraya mengatakan: “Kalau ibu hanya menjadi bahan tertawaan kawan-kawanku mengapa ibu tak mati saja” Ibuku hanya diam dan tak menjawab segala sumpah seranah yang aku tujukan kepadanya. Aku sama sekali tak memikirkan apa yang aku katakan kepadanya, kerana saat itu aku sangat marah kepadanya sebab memberi malu padaku. Dan aku juga tidak memperdulikan perasaannya terhadap sumpah seranahku itu.

Aku berhasrat ingin keluar dari rumah ibuku. Jadi aku belajar dengan rajin agar aku mendapat biasiswa untuk belajar ke luar negeri dan meninggalkan ibuku yang buta itu. Setelah habis belajar aku berjaya bekerja dan berkahwin, aku membeli rumah dan hidup bahagia dengan mempunyai dua anak. Pada suatu ketika ibuku mengunjungiku, kerana sudah bertahun-tahun dia tidak menemuiku dan tidak pernah bertemu dengan cucunya.

Ketika dia memberi salam dan isteriku membukakan pintu lalu anak-anakku mentertawakannya kemudian takut karena melihat wajahnya yang hanya dengan satu mata. Lalu aku menemuinya di luar dan berteriak kepadanya: “Betapa beraninya kamu ke rumahku dan menakut-nakutkan anak-anakku, pergi dari sini sekarang juga!!” Ibuku hanya menjawab: “ Maaf saya salah alamat” Dan kemudian dia pun pergi.

Beberapa lama selepas itu ada undangan perjumpaan semula sekolah lamaku dikirimkan ke rumahku. Jadi aku berbohong kepada isteriku dan aku mengatakan ada mesyuarat di luar bandar. Selesai perjumpaan semula di sekolah aku singgah di kampungku atas sekadar ingin tahu apa berita ibuku. Sampai di rumah lamaku, didapati rumah itu begitu usang tanpa penjagaan dan hampir roboh. Salah seorang jiran lama aku melihat kedatanganku dan menghampiriku. Beliau mengatakan kepadaku bahawa ibuku telah meninggal dunia. Aku langsung tidak merasa sedih atau menitiskan air mata mendengar berita itu. Lalu jiran aku itu menyerahkan sepucuk surat peninggalan dari ibuku untukku. Lalu aku pun membuka dan membacanya:

Anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap saat.
Maafkan aku kerana telah datang ke rumahmu dan menakut-nakutkan anak-anakmu.
Aku ke rumahmu kerana rindu dan teringin sangat melihat cucuku.
Walaupun kamu mengusirku tapi aku senang dapat melihatmu dan anak-anakmu.
Dan aku sangat bergembira setelah aku dengar engkau akan hadir ke perjumpaan semula sekolahmu.

Tapi sayangnya aku tidak bisa bangkit dari tempat tidur aku untuk melihatmu.
Anakku, maafkan aku yang telah membuatmu malu sewaktu kita masih bersama.
Ketahuilah anakku, sewaktu kau masih kecil kau mengalami kemalangan yang membuatmu kehilangan sebelah matamu.

Sebagai seorang ibu, aku tidak sanggup membiarkan kamu hidup hanya dengan satu mata saja.
Jadi aku dermakan mataku yang sebelah untukmu

Aku sangat bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku ditempatku dengan mata itu.
Bersama dengan cintaku.
IBUMU… '
 

Tuesday, 13 December 2011

Ader Aku Kisah...~Atiee Aidil~

 Rajin + Usaha + Jangan Mengalah = Insyallah Berjaya

Hmmm......Ader aku kisah...Kalian nak kata apa..kata lah...Aper yang ku tahu & aper yang ku buat HALAL disisi NYA...Berbekalkan sunnah Nabi, Sembilan dari sepuluh rezeki iti adalah dengan BERNIAGA...

Ader la jugak dengar...

Wah...semuanya nak cuba...jual sepit la..now jual apam pokadott la...Halllooooo....ADER AKU KISAH kew??Suka hati la...nak buat aper...aper yang penting...Niat ku untuk berniaga adalah untuk mencari pendapatan HALAL..Tak minta modal pun dari kalian...Ku tak pernah ada rasa benci pun pada kalian diatas ketidak puashati kalian pada ku...Aper yang ku anggap adalah 1 semangat untuk ku buktikan ku mampu berjaya seperti orang2 yang telah berjaya...

Terima kasih pada semua yang sudi menitip kan doa untuk ku...Hanya ALLAH yang mampu membalas budi kalian..Terima kasih pada semua yang membantu yang menjadi pembakar semangat ku...Alhamdulilah...Rezeki ku kian bertambah...



Membilang Hari, Menghitung Masa, Mengira Detik...~Atiee Aidil~

Sekarang nie ku sedang membilang hari, menghitung masa, mengira detik..Jantung nie deras jew berdetik...nak tunggu saat 17hb disember 2011 nie..
Hmmm...bunyi cam suspend jew...hi..hi...kalo nak tau..kne settlekan entri nie sampai the end..

Hmm...da lama sebenarnya tak ubah mengubah nie..maklumlah da hampir 5 tahun majlis ku berlalu..now ku dikehendaki ubah mengubah hantaran lagi..Sukanya sebab ku memang minat sangat ubah mengubah nie..kira kononnya creatif la...ha..ha...bukan aper..seronok sebab cantik kan..bila ubah mengubah nie ikut apa yang ada kat fikiran..kira ikut "my taste" la..so tak peduli la aper orang nak kata..Yang penting CANTIK....hi..hi..wah puji hasil kerja sendiri..Hmm...sape la yang nak puji..kalau bukan diri sendiri..boleh jew untuk membina...bukan untuk berlagak..sebab ku nie dikategorikan dalam golongan "budak baru belajar"

Pihak lelaki menghantar 11 hantaran, banyak nyer..da la..semua barang hantaran dari pihak lelaki tidak diberitahu, kononya nak surprise..hmm..mesti ada iPad...wah...demand la plak...ha..ha...
Jadi pihak perempuan akan membalas 13 hantaran yang terdiri daripada :
Buah-buahan Tempatan
Coklat Ikatan Cinta
Baju Melayu & Kain Sampin
Sejadah & Buku Alam Perkahwinan
Minyak Wangi & Mandian Sejati
Jam Masa Itu Emas
Tuala Ikatan Kasih
Sireh Junjung Adat Disanjung
Bunga Rampai
Pulut Kuning Ikatan Suci
Apam Polkadot Atiee Aidil
Manisan 
Kek Pertunangan

Ubah mengubah hampir siap...cuma tinggal edit mengedit jew lagi...
tapi semua hantaran tue belum berpose-pose lagi...sebab tak siap sepenuhnya lagi...Insyallah sebelum @ selepas majlis selesai, ku terus upload gambar kat belog kesayanganku..

Jadi nantikan la...hasil kreatif ku...untuk tatapan semua...wah...macam ramai plak peminat..perasan

So...waiting & waiting...