Friday 28 October 2011

Hobin Jang Hobin...~Atiee Aidil~

Assalamualaikum...

Demam bola dah tiba...
Apalagi...
Makan Bola...
Tidur Bola..
Mandi Bola...
Tak lah pandai sangat tentang bola nie..tapi boleh la...
Banyak-banyak pasukan...
Minat  kat pasukan NEGERI SEMBILAN jea...
Ha..ha...sebab pasangan KEMBAR yang jadi  tunjang pasukan NEGERI SEMBILAN...


~~~~Kredit gambar ZamArjunaPhotogrphy~~~~

Sebab tue la sampai nama SENYUM & CINTA diletakan 
"MUHAMMAD AIDIL ZAFRAN"
Wah...fanatiknya mama nie...
First time pi tengok pelawanan bola kat Stadium Paroi...
Seronok la..tgk ramai peminat bola...siap ada gendang besar..siap ada sepanduk..memang terbaiikkk...
Bila perlawanan nak mula jea..
Semua yang ada dalam stadium kena bangun untuk nyanyikan lagu NEGARAKU....
Time tue rasa cam da lama plak tak nyanyi lagu NEGARAKU...
Kali terakhir nyanyi waktu zaman-zaman perhimpunan dalam dewan sekolah....
Adoiii..sape nak jawab... !!!!!!!!
Pengalaman yang tak boleh lupa....
Bila pi tengok pelawanan kat Stadium Shah Alam..
Masa tue NEGERI SEMBILAN lawan SELANGOR..
Duduk plak kat tempat peminat-peminat NEGERI SEMBILAN...
Duduk memang kat tempat yang betul...
Tapi yang TERBAKAR nya bila pakcik-pakcik yang duduk barisan belakang..
Pi kutuk-kutuk SELANGOR plak...
Adoiii...
DEN NIE SOKONG NEGERI SEMBILAN 
tapi 
SAYA ANAK JATI SELANGOR...
Sudahnya buat dono jea la...Layan jea pelawanan bola...
Ha satu lagi...Jangan tak tau...
SENYUM & CINTA pun pernah pi Stadium Paroi..tengok perlawanan bola..Alhamdulilah tak banyak kerenah...Macam tau-tau jea mama nak concetrade tgk bola...

30/Oktober/2011
Perlawanan bola antara
NEGERI SEMBILAN lawan TERENGGANU
Tak pi pun...tengok LIVE kt umah...atas sebab tertentu...
Moh kite layan :


Bertapa semangatnya SENYUM & CINTA bila pasukan berjaya masukkan gol




Thursday 27 October 2011

My Heart...~Atiee Aidil~

Assalamualaikum...
Atiee Aidil come back again..lepas bercuti sempena Deepavali...
Semalam duduk kat rumah..Tak ada agenda yang nak buat...
Tiba-tiba pulak teringat & terdengar  lagu My Heart...
Dulu-dulu waktu zaman cinta..cintun...
I Lap You..You Lap Me...You Jump..I Jump...
Selalu sangat dengar lagu nie...
Dah macam lagu fabrate da...Tak dengar macam tak best jea...


di sini kau dan aku

terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia ku denganmu


pernahkah kau menguntai

hari-hari paling indah
terukir nama kita berdua
di sini surga kita


reff: bila kita mencintai yg lain

mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang


if you love somebody could we be this strong

i willl fight to win, our love will conquer all
wouldn’t risk my love even just one night
our love will stay in my heart


pernahkah kau menguntai

hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini surga kita


bilakah kita mencintai yg lain

mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang



Tuesday 25 October 2011

Ikut Kata Hati @ Ikut Fikiran...~Atiee Aidil~

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak nie...macam-macam yang berlaku dalam hidup ini..
Hati rasa sangat tak ok...Fikiran pun rasa buntu...
Apa yang dibuat semuanya serba salah...ada jea yang tak kena..
Nak ikut kata hati @ ikut fikiran...
kadangkala keadaan jadi serba tak kena bila kata hati tak sama dengan apa yang ada dalam fikiran...
Nak luahkan pada orang pun rasa macam tak terluah apa yang tersirat di hati 
&
 apa yang ada di fikiran tak mampu difikirkan..
Masa tue mula lah rasa nak menangis (dah menangis pun)..
Nak menjerit (dah jerit dah pun..sampai sakit tekak)..
Nak bawa diri jauh dari semuanya (belum lagi)..
tapi...
lari dari semuanya tak mendatang kebaikan langsung..
malah membuat keadaan menjadi lebih teruk...
sebab bila bawa diri jauh pun..semuanya ikut sekali..sebab ada hati & perasaan dibawa sekali...
Rumit yang teramat rumit...
Lagi banyak fikir untuk cari jalan penyelesaian..Lagi bertambah keliru dibuatnya...
Biasanya...
Kalau ikut kata hati ~ nanti mati
Kalau ikut fikiran ~ kadangkala apa yang difikirkan macam tak masuk dek akal..walaupun ada logiknya..
Buat masa nie ku hanya mampu
mengingati ALLAH..agar jiwa ku menjadi TENANG...

Sunday 23 October 2011

Monday Mood...~Atiee Aidil~

Assalamualaikum...
Halooooo....Atiee Aidil in The Blog....
Hurmmm...Today Is Monday Mood...
Mesti ramai yang masih mood cuti...Maklumlah...anak-anak tersayang da mula cuti sekolah...
Wakeup...wakeup...
Tak mau la mood cuti...moh kiter kerja cari rezeki...
Cam ayat dalam citer P.Ramlee...
Selagi belum tutup mata..kerja..kerja...kerja...
Ha...Jangan jadi cam dalam gambar kat atas tue sudah la yek....

Today adalah hari memandu yang tanpa ada rasa tekanan...
Wah...boleh kew macam tue...
Boleh la...
This week is school holiday...so traffic so clear..(wah..ayat skema la plak)..
Hmmm..bila cuti sekolah jea..jalan tak sesak pun..
Kaki pun tak rasa lenguh..sebab laju jea bawak kereta..
Tak payah sikit-sikit break..sikit-sikit tekan clash...
Tapi...nape yek..kalau cuti sekolah..jalan clear...
Pelik bin Ajaib la..
Tak kan...anak-anak nie bawak kereta pi sekolah...

yang bawak kereta semuanya cikgu-cikgu sekolah..
Pelik-pelik...
Tapi apa-apa pun kita ENJOY...
sebab seminggu memandu tanpa tekanan...
Kat sini ada beberapa tips Untuk Kurangkan Tekanan Semasa Memandu


~ Jika memandu bersendirian, hadiahkan senyuman itu kepada diri sendiri.
~ Fikirkan perkara positif dan mengandaikan pemandu berkenaan dalam kecemasan sambil dengan ikhlas  mendoakan dia menjadi pemandu lebih berhemah.Mungkin ramai tidak sedar kita mendapat banyak manfaat jika mempunyai fikiran positif dan bersangka baik terhadap orang lain.
~ Apabila kita berfikiran positif, badan secara tidak langsung memberi tindak balas positif juga.Keadaan ini terbukti dapat mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah kita.
~ Bagi umat Islam, kita boleh berzikir, beristighfar atau membaca surah pendek untuk meredakan perasaan geram, terutama ketika memandu.
~Lebih baik jika dipasang bacaan ayat suci al-Quran kerana ia boleh mengalihkan perhatian kita daripada terlalu memikirkan sikap pemandu lain yang kurang berilmu itu.


Selain itu kita boleh mendengar muzik atau lagu. Kajian menunjukkan muzik mempunyai kesan tidak langsung kepada penghasilan hormon tekanan dan merangsang pengeluaran hormon noradrenalin dan endorfin yang membuat kita berasa selesa.Dari sini, badan kemudian menghasilkan lebih banyak antibodi yang akan menguatkan daya ketahanan badan.Jenis muzik untuk mengurangkan tekanan berbeza mengikut cita rasa dan personaliti setiap orang.Penyelidik mendapati kadar pernafasan, tekanan darah dan pengecutan otot perut berubah mengikut jenis muzik yang didengar.Alunan muzik lembut dan menenangkan boleh menurunkan tekanan darah ke tahap tertentu.Otak kita ada dua bahagian, iaitu otak kiri (pemikiran logikal) dan otak kanan (pemikiran kreatif) yang boleh dihubungkan fungsinya melalui muzik.Otak bertindak balas terhadap muzik lembut dan tenang melalui beberapa pertukaran daripada fasa beta (pemikiran cergas dan peka) kepada alfa, teta dan delta (ketika tidur lena, iaitu fasa yang sangat tenang).Alunan muzik lembut dan menenangkan yang dipasang pada pesakit dikatakan boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Thursday 20 October 2011

Share is Caring...~Atiee Aidil~

As salam...
Sekejap jea da hari Sayidul Aiyam ~ Penghulu segala hari...
Hari nie nak share sesuatu yang sangat penting...
Di era yang teramat moden & serba serbi canggih..Semuanya di hujung jari...
Macam nak sampai sesuatu yang penting..
Guna SMS ~ Kan dihujung jari tue...Taip...Kemudian Send..Da sampai apa yang nak disampaikan sehingga kita sering lupa penggunaan bahasa & maksud yang berselindung disebalik kata-kata..
Jadi hari ini share is caring..~Atiee Aidil~
PENTING tau...

Sebagai renungan dan Ingatan bersama… 

InsyaAllah 

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).jadi lebih baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.Jawab salam yang betul ialah ;“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;“WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.




Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.


”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.

”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. 

Wednesday 19 October 2011

Cinta Itu Indah...Tapi...Menyakitkan...~Atiee Aidil~


Kerana CINTA manusia jadi LEKA..
Kerana CINTA manusia jadi DERHAKA..
Kerana CINTA juga manusia mudah menjadi LUPA..
Semua hanya kerana CINTA

Tapi..Yang pasti

Manusia tak boleh hidup tanpa CINTA
Tanpa CINTA hidup jadi SUNYI
Tanpa CINTA hidup jadi SEPI

Hanya kerana CINTA...
Semuanya berubah..
GEMBIRA menjadi SEDIH
DUKA menjadi CERIA
BENCI menjadi RINDU
SIHAT menjadi SAKIT
SENGSARA menjadi LUKA
MESRA menjadi MUSUH

Kerana itulah CINTA itu INDAH
tapi....
MENYAKITKAN

Sesungguhnya...

CINTA kepada MANUSIA
MANUSIA akan MATI...

CINTA kepada BUNGA
BUNGA akan LAYU...

CINTA kepada ALLAH
KEKAL ABADI
kerana dari NYA kita datang
&
dari NYA jua kita pergi



Tuesday 18 October 2011

Aku Bukan Untuk Mu... ~ Atiee Aidil~

2011...
Terlalu cepat masa berlalu..
Tanpa kita sedari usia semakin meningkat...
Semakin lama semakin banyak kenangan manis mahupun pahit telah kita tinggalkan..
Ada ketika kenangan bisa membuat hati kita menjadi berbunga..senyum meleret-leret.. hati menjadi tenang..
Ada ketika juga kenangan bisa membuat hati menjadi gundah gulana..air mata menitis-nitis..hati bagai disiat-siat..kesakitan masih terasa...
Tapi..
Bisa kah semua kenangan itu kita luput @ kita nyah kan dari fikiran kita yang waras??
Berdasarkan dari pengalaman..tak mampu..untuk kita nyahkan semua kenangan..
Paling tak boleh lupa kenangan CINTA..
hmm.macamana yekk..
Kenangan CINTA yang kecundang di pertengahan jalan..
Kenangan tue kenangan paling sedih tapi sukar untuk melenyapkannya dari ingatan..
Nak lupa pun susah...
Walaupun kita sedar yang "Aku Bukan Untuk Mu"
tapi sukar untuk kita lupakan..Sebab dulu 'Loving Couple"
Kita akan sentiasa teringat lebih-lebih lagi bila kehidupan dahulu lebih gembira berbanding kehidupan yang kita lalui sekarang..
Namun masa yang lalu tak mungkin & tak akan berulang lagi..
Macam lagu New Boys "Sejarah Tak Mungkin Berulang"
Apa yang mampu kita buat...
Berdoa..
Mohon pada NYA..agar kita dikuatkan & ditabahkan hati menempuh hari yang mendatang...
Tak selamanya kita akan bersedih..
Tak selamanya kita akan gembira..
Cuba untuk lakukan yang terbaik...Bangkit..dari apa yang da berlalu...


Pintu Rindu...~Atiee Aidil~


Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah.... 
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x
Hidup matiku hanya untukmu..





Monday 17 October 2011

Manusia Semakin Tidak Punya Hati & Perasaan... ~Atiee Aidil~

Meruntun jiwa ku..menitis air mata ku tatkala melihat kisah kanak-kanak berusia 2 tahun di China yang dilanggar oleh 2 buah van & hanya dipandang sepi oleh manusia yang lalu lalang...18 orang yang lalu tidak ada seorang pun yang sudi membantu kanak-kanak tersebut..
Apakah tiada langsung sifat kemanusian di hati mereka?Mana pergi perasaan bantu-membantu sesama manusia..Apakah salah kanak-kanak tersebut sehingga dia hanya dipandang sepi disaat dia memerlukan secebis bantuan..


Ya ALLAH...ku memohon dari mu...Jauhilah ku dari dugaan ini...& Jauhilah anak-anak ku diluar sana dari dugaan ini...


**Anggaplah anak diluar sana sebagai anak kita..kerana kita pasti punya anak..anak saudara yang sebaya dengan anak yang diluar sana...Haiwan pun pandai sayangkan anak..Inikan manusia yang dikurniakan Ilahi dengan akal & fikiran serta sifat kasih & sayang yang memang wujud didalam hati & perasaan mahkluk yang bergelar manusia**

Luahan Untuk Dikongsi....~Atiee Aidil~

Hmmmm...hampir seminggu rasanya Bila Jemari Mulai Berbicara tak Berbicara...~Atiee Aidil~
Kesihatan yang tidak mengizinkan & Kesuntukan masa yang amat terhad...
namun hari nie....
Alhamdulilah setelah dipulihkan kesihatan....
Maka terhasil lah Luahan Untuk Dikongsi..~Atiee Aidil~
Berjuta kesyukurun ku panjatkan kan kepada NYA...kerana memberi kembali ku kesihatan seperti sediakala & yang paling utama memberi ku kembali SENYUM & CINTAKU...
Siapa yek SENYUM & CINTAKU.......
He..he...sapa lagi kalau bukan anakanda tersayang...Muhammad Aidil Zafran...
sebab SENYUM & CINTAKU juga tak sihat...
tapi... 
kerana kamu adalah kekuatan mama...Mama mampu mengatasinya...Dengan izin dari NYA....
Alhamdulilah...
SENYUM & CINTAKU sudah kembali SENYUM ..
Sudah bisa membuat hati mama GEMBIRA & CERIA dengan keletahmu yang mencuit hati...
Alhamdulilah...
Terima Kasih ALLAH...
Walaupun perasaan sedih & kecewa yang teramat sangat...masih lagi menyelubungi hati ku...dengan sikap manusia berpangkat yang sambil lewa bila pangkat mahupun keistimewaan yang dianugerahkan oleh ILAHI digunakan tanpa memikirkan perasaan orang lain...
Jika difikirkan ku tidak akan sessekali menjejakkan kaki ku kesana lagi...
tapi 
memikirkan SENYUM & CINTAKU berada dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ku gagahkan juga untuk mencari penawar agar SENYUM & CINTAKU kembali sihat seperti selalu...
Namun bertapa hampanya perasaan bila manusia yang layak merawat pesakit yang berada dalam keadaan memerlukan hanya bertanya soalan 
: apakah yang membuatkan pn menghantar anak pn ke sini?? : 
soalan itu kurasakan tidak layak ditanya kepada ku..bukan kerana ku manusia istimewa yang mahukan layanan V.I.P...
tapi 
ku hanya manusia biasa yang mahu melihat SENYUM & CINTAKU kembali sihat...
39.8  suhu badan SENYUM & CINTAKU...
Jawapan ku : Ini kan Hospital..salah ke saya hantar anak saya ke sini...: 
Tidak tegar untuk ku membiarkan @ mendiamkan diri sedangkan 
SENYUM & CINTAKU sudah 3 hari demam...
ke klinik sudah...
masukan ubat untuk kurangkan panas pun sudah...
makan ubat demam..ubat antibiotik pun hampir habis..
jadi tidak salah arah tujuan ku untuk ke hospital bagi menerima rawatan..
tapi penyelesaian yang ku terima amat ku sesali...
Sudahlah menunggu hampir 30 minit untuk menerima rawatan sebelum ke wad kecemasan...
apabila di wad kecemasan selepas disoal siasat tujuan ku kesana...
Mandikan anak..balut dengan kain basah..jika tiada kain basah..boleh balut dengan tisu hospital...kemudian baru lah datang sekali lagi untuk diambil suhu... 
- itulah penyelesaian yang ku terima...
Sedih yang teramat sangat...
Ku bukan ingin layanan istimewa...tapi ingatlah tanggungjawab yang diamanahkan untuk membantu manusia yang memerlukan...Ku bukan ingin menunding jari..tapi ingatlah hanya kerana sikap sambil lewa manusia yang tidak bertanggujawab bisa memberi tanggapan negatif kepada profesion yang dianggap mulia... 
Ku berharap & berdoa moga tiada lagi insan yang terkena dengan sikap manusia sambil lewa diluar sana...
Ku keluar dari wad kecemasan dengan perasaan yang sungguh sedih..menitis air mataku..Langsung ke terus menuju ke hospital swasta..walaupun ku tahu jumlah bil yang perlu ku bayar asalkan SENYUM & CINTAKU kembali sihat...Bagi ku sebanyak mana pun duit ku mampu mencarinya dengan izin dari NYA tapi nyawa SENYUM & CINTAKU tiada ganti..Disana doktor masukan ubat untuk kurangkan panas..sekurang-kurangnya SENYUM & CINTAKU mendapat rawatan...Hanya itu yang ku mahu kan..

Buat manusia yang tergolong dengan sifat sambil lewa - 
Ingatlah tujuan sebenar profesion anda adalah membantu insan yang memerlukan....

Friday 7 October 2011

Ku Bahagia... ~ Atiee Aidil ~


Pada jiwa yang tenang di hatiku
Tak pernah ada duka yg terlintas 

Ku bahagia
Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah 
Masa muda yang tak pernah kan mendung 
Ku bahagia  
Dalam hidup ini 
Arungi semua cerita indahku 
Saat saat remaja yang terindah 
Tak bisa terulang 
Ku ingin nikmati 
Semua jalan yang ada di hadapku
Kan ku tanamkan cinta tuk kasih ku agar
Ku bahagia 

Renungan Bersama : Lindungan Kaabah... ~ Atiee Aidil ~




"Abang! Ini adalah takdir Allah. Kita terima bang dengan penuh redha." Ujur si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu.
"Ahhh!! Begitu mudah  kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.
Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.
"Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini," berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.
Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain di kampungnya. Cacat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.
"Tapi, anakku cacat tak punya kaki, tak punya tangan," bisik si ibu di dalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu.



"Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku," bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis.
"Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.
Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah ke mana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.
"Hasan, anak ku sayang! Aku tetap sayang padamu. Kelahiran mu adalah atas kehendak Allah. Kau ditakdirkan Allah jadi begini. Allah Maha Kaya, nak," bisik hati si ibu dengan tenang, penuh radha atas ketentuan Ilahi.
"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya," bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.
Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah ke mana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila ke pasar, bayi itu dimasukkan di dalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk menginggalkan kampung halaman.
"Hasan, Ibu ada cadangan," ujur si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal disana," ujur si ibu kepada Hasan.
"Elok cadangan ibu tu. Di sana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik itu beri persetujuan.
Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah. Setelah mohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkatlah ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak di salah sebuah wilayah kawasan Melayu di Selatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.
Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.
"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah di rumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat di bumi Makkah," ujur seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.
Kedua beranak itu pun tinggal di rumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tak putus-putus.
Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu ke masjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan di atas kerusi roda. Sampai di masjid, anaknya itu ditinggalkan di serambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita di dalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaitu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.
Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega. Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh di kampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.
Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu dengan Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi.
"Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah," titah Raja itu kepada Hasan.
Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan air matanya membasahi pipinya.
"Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku," ujur Hasan beberapa kali denga rasa kegembiraan yang tidak terhingga.
Apabila si ibu mengtahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku," ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.
Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.
"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk meyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir," bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?" Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.
"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada," tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?"
Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, kau ingin mencari jodoh? tanya si ibu.
"Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? Saya cacat," jawab Hasan.
"Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan susah hati. Ibu akan berdoa kepada Allah dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan," nasihat si ibu dengan suara yang lunak.
Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan ke kampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudi bahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu di sana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.
Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.
"Ya Allah, sembuhkanlah menatuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani," doa si ibu dengan sungguh-sungguh di depan Kaabah.
Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya di rumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu."
Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang," sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.
Ya, berkat doa ibunya maka Allah telah meletakkan di hati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata di dalam hatinya, "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."
Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal di sebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal di sebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.
Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan ke Madinah.
Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t.
Allah melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.