Friday 30 December 2011

Lamanya...

Alhamdulilah...Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dari NYA kepada ku hambanya yang kerdil

Lama sangat tak update berita sensasi hiburan terkini kt blok kesayangan ku... 

Lately nie ku sibuk sikit...Alhamdulilah...Rezeki anak ku...Betul la ada orang kata anak nie pembawa rezeki...
Alhamdulilah...Rezeki kami bertambah-tambah...

Opsss....xsempat lah nak update gambar hantaran..Insyallah..bila semuanya kembali seperti biasa...


Monday 19 December 2011

Pergorbanan...~Atiee Aidil~

Aku dan ibuku tinggal berdua di rumah peninggalan ayahku yang telah meninggal dunia ketika aku baru lahir.

Ibuku bekerja memasak di kantin sekolah ku. Hidup kami walaupun susah namun ibuku amat menyayangiku cuma aku tidak sedar. Ibuku buta sebelah matanya, aku sangat malu dan sangat membencinya. Suatu hari saat aku masuk sekolah dia datang ke kelasku dan mengucap salam kepadaku.

Aku begitu malu di depan teman-temanku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku di hadapan kawan-kawanku. Lalu aku tidak pedulikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya sambil berlari pergi. Keesokan harinya salah seorang kawanku mengejekku dengan berkata “Hei ibumu hanya punya sebelah mata”

Saat itu aku merasa ingin mati sahaja, dan ingin ibuku itu hilang dan pergi dari kehidupanku. Lalu aku bertengkar dengan ibuku seraya mengatakan: “Kalau ibu hanya menjadi bahan tertawaan kawan-kawanku mengapa ibu tak mati saja” Ibuku hanya diam dan tak menjawab segala sumpah seranah yang aku tujukan kepadanya. Aku sama sekali tak memikirkan apa yang aku katakan kepadanya, kerana saat itu aku sangat marah kepadanya sebab memberi malu padaku. Dan aku juga tidak memperdulikan perasaannya terhadap sumpah seranahku itu.

Aku berhasrat ingin keluar dari rumah ibuku. Jadi aku belajar dengan rajin agar aku mendapat biasiswa untuk belajar ke luar negeri dan meninggalkan ibuku yang buta itu. Setelah habis belajar aku berjaya bekerja dan berkahwin, aku membeli rumah dan hidup bahagia dengan mempunyai dua anak. Pada suatu ketika ibuku mengunjungiku, kerana sudah bertahun-tahun dia tidak menemuiku dan tidak pernah bertemu dengan cucunya.

Ketika dia memberi salam dan isteriku membukakan pintu lalu anak-anakku mentertawakannya kemudian takut karena melihat wajahnya yang hanya dengan satu mata. Lalu aku menemuinya di luar dan berteriak kepadanya: “Betapa beraninya kamu ke rumahku dan menakut-nakutkan anak-anakku, pergi dari sini sekarang juga!!” Ibuku hanya menjawab: “ Maaf saya salah alamat” Dan kemudian dia pun pergi.

Beberapa lama selepas itu ada undangan perjumpaan semula sekolah lamaku dikirimkan ke rumahku. Jadi aku berbohong kepada isteriku dan aku mengatakan ada mesyuarat di luar bandar. Selesai perjumpaan semula di sekolah aku singgah di kampungku atas sekadar ingin tahu apa berita ibuku. Sampai di rumah lamaku, didapati rumah itu begitu usang tanpa penjagaan dan hampir roboh. Salah seorang jiran lama aku melihat kedatanganku dan menghampiriku. Beliau mengatakan kepadaku bahawa ibuku telah meninggal dunia. Aku langsung tidak merasa sedih atau menitiskan air mata mendengar berita itu. Lalu jiran aku itu menyerahkan sepucuk surat peninggalan dari ibuku untukku. Lalu aku pun membuka dan membacanya:

Anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap saat.
Maafkan aku kerana telah datang ke rumahmu dan menakut-nakutkan anak-anakmu.
Aku ke rumahmu kerana rindu dan teringin sangat melihat cucuku.
Walaupun kamu mengusirku tapi aku senang dapat melihatmu dan anak-anakmu.
Dan aku sangat bergembira setelah aku dengar engkau akan hadir ke perjumpaan semula sekolahmu.

Tapi sayangnya aku tidak bisa bangkit dari tempat tidur aku untuk melihatmu.
Anakku, maafkan aku yang telah membuatmu malu sewaktu kita masih bersama.
Ketahuilah anakku, sewaktu kau masih kecil kau mengalami kemalangan yang membuatmu kehilangan sebelah matamu.

Sebagai seorang ibu, aku tidak sanggup membiarkan kamu hidup hanya dengan satu mata saja.
Jadi aku dermakan mataku yang sebelah untukmu

Aku sangat bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku ditempatku dengan mata itu.
Bersama dengan cintaku.
IBUMU… '
 

Tuesday 13 December 2011

Ader Aku Kisah...~Atiee Aidil~

 Rajin + Usaha + Jangan Mengalah = Insyallah Berjaya

Hmmm......Ader aku kisah...Kalian nak kata apa..kata lah...Aper yang ku tahu & aper yang ku buat HALAL disisi NYA...Berbekalkan sunnah Nabi, Sembilan dari sepuluh rezeki iti adalah dengan BERNIAGA...

Ader la jugak dengar...

Wah...semuanya nak cuba...jual sepit la..now jual apam pokadott la...Halllooooo....ADER AKU KISAH kew??Suka hati la...nak buat aper...aper yang penting...Niat ku untuk berniaga adalah untuk mencari pendapatan HALAL..Tak minta modal pun dari kalian...Ku tak pernah ada rasa benci pun pada kalian diatas ketidak puashati kalian pada ku...Aper yang ku anggap adalah 1 semangat untuk ku buktikan ku mampu berjaya seperti orang2 yang telah berjaya...

Terima kasih pada semua yang sudi menitip kan doa untuk ku...Hanya ALLAH yang mampu membalas budi kalian..Terima kasih pada semua yang membantu yang menjadi pembakar semangat ku...Alhamdulilah...Rezeki ku kian bertambah...



Membilang Hari, Menghitung Masa, Mengira Detik...~Atiee Aidil~

Sekarang nie ku sedang membilang hari, menghitung masa, mengira detik..Jantung nie deras jew berdetik...nak tunggu saat 17hb disember 2011 nie..
Hmmm...bunyi cam suspend jew...hi..hi...kalo nak tau..kne settlekan entri nie sampai the end..

Hmm...da lama sebenarnya tak ubah mengubah nie..maklumlah da hampir 5 tahun majlis ku berlalu..now ku dikehendaki ubah mengubah hantaran lagi..Sukanya sebab ku memang minat sangat ubah mengubah nie..kira kononnya creatif la...ha..ha...bukan aper..seronok sebab cantik kan..bila ubah mengubah nie ikut apa yang ada kat fikiran..kira ikut "my taste" la..so tak peduli la aper orang nak kata..Yang penting CANTIK....hi..hi..wah puji hasil kerja sendiri..Hmm...sape la yang nak puji..kalau bukan diri sendiri..boleh jew untuk membina...bukan untuk berlagak..sebab ku nie dikategorikan dalam golongan "budak baru belajar"

Pihak lelaki menghantar 11 hantaran, banyak nyer..da la..semua barang hantaran dari pihak lelaki tidak diberitahu, kononya nak surprise..hmm..mesti ada iPad...wah...demand la plak...ha..ha...
Jadi pihak perempuan akan membalas 13 hantaran yang terdiri daripada :
Buah-buahan Tempatan
Coklat Ikatan Cinta
Baju Melayu & Kain Sampin
Sejadah & Buku Alam Perkahwinan
Minyak Wangi & Mandian Sejati
Jam Masa Itu Emas
Tuala Ikatan Kasih
Sireh Junjung Adat Disanjung
Bunga Rampai
Pulut Kuning Ikatan Suci
Apam Polkadot Atiee Aidil
Manisan 
Kek Pertunangan

Ubah mengubah hampir siap...cuma tinggal edit mengedit jew lagi...
tapi semua hantaran tue belum berpose-pose lagi...sebab tak siap sepenuhnya lagi...Insyallah sebelum @ selepas majlis selesai, ku terus upload gambar kat belog kesayanganku..

Jadi nantikan la...hasil kreatif ku...untuk tatapan semua...wah...macam ramai plak peminat..perasan

So...waiting & waiting...




Monday 12 December 2011

Kasih Seorang Ayah Kepada Anaknya..~Atiee Aidil~

Kisah yang begitu menyayat hati..Kasih seorang ayah kepada anaknya yang cuba memenuhi impian seorang anak istimewa..


Kisahnya bermula apabila  :
One day a son asks his father:

"Daddy, will you run the marathon with me?"

The father answers yes and both run their first marathon together.
Then one day the son asks his father:
"Daddy, will you run the Ironman with me?" 
(the Ironman is the toughest...it requires a 4km swim, 180km biking and 42km running).
The father says yes again.
This all sounds easy... but check this video out.

Yes You Can!

Team Hoyt is an inspirational story of a father, Dick Hoyt, and his son, Rick, who compete together in marathons and triathlons across the country.
Team Hoyt strives to help those who are physically disabled become active members of the community. Join us in spreading Team Hoyt's message, "Yes You Can!"


Moral of the story : 
Walaupun ayahnya bukan seorang pelumba lari yang pantas, bukan jua perenang yang hebat & bukan juga penunggang basikal..namun demi permintaan anak yang tersayang...Ayahnya lakukan jua semuanya untuk melihat anaknya senyum,

Sebagai manusia kita akan lakukan apa saja untuk melihat orang yang kita sayang, orang yang kita cintai dalam keadaan gembira & tersenyum.
Jadi...Sayangi lah & hargai lah orang disekeliling kita.

Senang untuk membuat orang sakit hati
tapi 
Susah untuk melihat orang baik hati

Apam Polkadot...~Atiee Aidil~

Haloooo....

Atie Aidil in the belog...

Minat meminati buat kek + kuih + desert & yang berkaitan dengan masakan nie..dah lama da...Kalau tak minat...masakan tingkatan 4 sampai tingkatan 5 ku duduk berjauhan dari keluarga untuk menimba ilmu..wah...ayat...ha..ha...tapi betul la..dulu teman nie blajo kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar amik jurusan Bakeri...Macam-macam la yang teman blajo kat sana...Banyak ilmu yang teman dapat...

Ha...sekarang nie minat + kesungguhan...Maka sekarang nie tengah membuat bisnes kecil-kecilan..
Alhamdulilah...Sekarang nie kan tengah cuti sekolah..Ada banyak majlis yang berlansung..
jadi adalah teman-teman, jiran-jiran, saudara-mara yang nak buat kenduri membuat tempahan Apam Polkadot Atiee Aidil..

Kat sini ku sertakan gambar Apam Polkadot yang telah siap & dihantar kepada pelanggan yang membuat tempahan...



Ha..pada sesiapa yang nak buat tempahan : Boleh la..buat tempahan..kalau nak pack-pack untuk masukkan dalam goodie bag pun boleh..

Saturday 10 December 2011

Keletah Mu Yang Menghiburkan...~Atiee Aidil~

Terasa cepat benar masa berlalu..Tak terkejar oleh ku..Hmm..mana mungkin manusia biasa seperti ku mampu mengejar masa..Yang mampu ku lakukan dengan menghargai masa...
Rasanya baru semalam keluarga ku menerima ahli baru, rasanya baru semalam ku admit hospital kerana sakit mahu melahirkan, rasanya baru semalam ku mendukung zuriat ku sendiri, menyusukan zuriat ku, mendodoikan zuriat ku.. rasanya baru semalam ku mengalami pengalaman baru..pengalaman yang amat berharga sebagai seorang mama...
Ya Allah..cepat sungguh masa berlalu..

Bila difikirkan balik rasanya semua yang ku alami baru saja semalam berlalu...Tapi...rupanya da hampir 2 tahun 6 bulan pengalaman ku berlalu..Namun sedikit pun tak pernah ku lupakan detik-detik manis ku bergelar mama buat Anugerah Terindah Kurniaan Dari NYA..
Yang ku beri nama MUHAMMAD AIDIL ZAFRAN BIN ERWAN.

Masa begitu mencemburui ku..Rugi rasanya andai ku tak hargai perjalanan si kecil ku..Dari mula si kecil ku melihat bertapa indah nya dunia ciptaan Ilahi..Betapa sayangnya ku pada si kecil.
Dari mula si kecil ku meniarap..merangkak..berjalan & jatuh..Bergelak ketawa..& yang paling indah sekali bila si kecilku memanggil ku "mama" ... Sungguh hebat Kurniaan Dari NYA..
Bagi ku semuanya adalah memori yang sangat berharga yang akan ku kenang hingga akhir hayat ku..

Tapi si kecil ku tak merangkak..Hanya menghesot-hesot badannya..Risau la jugak...tapi itu adalah normal bila kerisauan ku ini ku suarakan pada pakar kanak-kanak..

Genap 1 tahun 1 bulan..Si kecil ku sudah mampu berjalan walaupun agak terhuyung hayang...Masih ku ingat lagi..Si kecil ku menyambut kepulangan ku dari kerja dengan menunjukan yang si kecil telah mampu berjalan..
Ku sambut dengan penuh kegembiraan & kesyukuran...Terima kasih ALLAH...

Kini si kecil ku dah pun berumur 2 tahun 6 bulan...Keletahnya bercakap sampai ada yang kata si kecil ku nie orang tua..mungkin kerana terlalu banyak nya soalan dari si kecil ku..Keletahnya adalah penawar bagi ku..

2 tahun 6 bulan adalah umur dimana si kecil mula belajar dari orang di sekeliling...perasaan ingin tahu itu & ini ada dalam dirinya...

Si kecil ku aktif walaupun demam..rutin nya macam biasa..walaupun demam..Ku bersyukur kerana Kurniaan dari NYA pada ku..

Sebenarnya dah banyak kali jugak la..ku terserempak dengan pelbagai orang..bila orang tue lihat si kecil ku..Mereka pasti akan sentuh dahi si kecil ku & kata "ini budak banyak bagus, ada tuah, susah mahu cari macam nie"..Kemudian mereka pasti akan kata jaga baik-baik..Ku tak lah percaya sangat..tapi ku sentiasa berdoa pada NYA...& berharap agar si kecil ku berjaya di dunia & akhirat..Impian keluarga ku..mahu melihat si kecil ku berjaya menjadi seorang "Doktor Pakar"...Insyallah...Akan ku lakukan yang terbaik untuk si kecil ku...

Si kecil ku paling suka dengar lagu "Kalau Berpacaran"..kalau lagu tu berkumandang...mula la si kecil bergelek sakan..Ku pula pasti akan merakam keletahnya, ada 1 video yang ku rakam..si kecil ku dengan gaya bertudung...bukan untuk membiarkan si kecil ku menyerupai perempuan tapi sekadar untuk simpanan kenangan...Bila si kecil ku dewasa kelak pasti ku akan tunjukkan kepadanya..Kerana apa yang dah berlalu tak mungkin akan berulang kembali..Jom tengok keleteh si kecil ku dengan lagu "Kalau Berpacaran"


Satu yang paling si kecil ku takut ialah waktu potong rambut...Setahun pastikan akan 2 @ 3 kali rambut si kecil ku dipotong di kedai, maklumlah rambutnya cepat panjang..Mula jea duduk atas kerusi..terus menangis tak henti-henti sampai la selesai seisi potong rambut.Bila ajak si kecil potong rambut jew..pasti si kecil cakap "nanti adik angis"...tapi tetap pi kedai jugak untuk potong rambut...sebab bila da botak si kecil ku nampak comel sangat...bulat jew...macam shoilin shoker...


Kalau nak story mory tentang si kecil ku nie..memang xcukup..nanti akan ku abadikan lagi segala kenangan yang terindah bersama si kecil ku yang semakin meningkat besar..Si kecil ku @ Anugerah Terindah Kurniaan Dari NYA, ketahuilah marah mama untuk si kecil agar si kecil menjadi insan berguna..& mama mahu si kecil tahu yang mama bahagia kerana kehadiran si kecil yang membawa beribu juta kebahagian..Keletah mu yang mencuit hati sesiapa sahaja..Kehadiran mu jua membawa rezeki yang melimpah ruah...Alhamdulilah...Terima kasih ALLAH..

Thursday 8 December 2011

08-June-2011 ~ 08-Dis-2011

Perginya insan yang paling ku sayang dalam hidup ku..

Pemergian nenda tercinta dalam hidup ku amat terbekas dalam hati ini...kerana perginya nenda tak mungkin akan kembali lagi...AL-FATIHAH buat nenda tersayang Hajah Jamiah Binti Elias

Selama hidup bersama nenda banyak yang ku pelajari...dari kecil ku membesar bersama nenda..nenda seorang yang tegas & agak garang..tapi garang nenda...nenda tetap menyanyangi semua cucunya..

Masih ku ingat...
Saat pertama kali kaki ku melangkah ke alam pra sekolah...nenda menghantar ku kesekolah menaiki basikal tua


Pergi ku dihantar...Balik ku dijemput...betapa indah & manis nya kenangan itu...andai bisa ku putar kembali saat-saat itu, ku masih ingat...habis seisi sekolah seperti biasa...ku menanti nenda di tempat biasa..tapi nenda tak kunjung tiba...sehingga lah pakcik ku datang menjemput ku pulang ke sekolah...rupanya sesuatu yang buruk telah belaku pada nenda...nenda jatuh...

Mulai dari saat itu tiada lagi nenda & basikal tua menghantar ku ke sekolah....ku mulai belajar untuk berdikari...menaiki bas sekolah...


Dari kecil nenda dah mulai mengajar ku menabung..duit sekolah pemberian abah ku beri pada nenda untuk disimpan, ku ke sekolah nenda bekal kan nasi goreng, burger @ roti..
Sweet kan kenangan tu...
Semua masakan dari air tangan nenda memang sedap...Nenda berniaga nasi lemak depan rumah, keenakan nasi lemak & sambal yang nenda buat menepati cita rasa semua orang...1 MALAYSIA...Hebatkan nenda..

Masih ku ingat
Nenda mengajar ku cara untuk lihat jam...Hebatkan...Nenda akan tanya 'atie pukul berapa?'..ku pasti jawab "jarum kecik kat 11 jarum panjang kat 1..(11.05),
saat ini ku senyum keran nenda banyak mengajar ku..
nenda kata budak perempuan tak boleh bangun lambat..kene bangun pagi-pagi..belajar buat kerja rumah

Darjah 4,
Ku hanya dapat bersama nenda sehingga darjah 4 sebab ku mesti mengikut keluarga ku berpindah, waktu barang-barang diangkat...& sehingga keberangkatan ku..ku langsung tidak melihat kelibat nenda menghantar ku pergi...Sedih kurasakan...Tempat yang banyak mencipta kenangan terindah dalam hidupku..

Masih ku ingat...
Setiap kali cuti sekolah akhir tahun ku akan meminta abah untuk menghantarku ke rumah nenda..ku akan habiskan masa cuti sekolah ku di samping nenda..Sehingga la ku menjejakan kaki ke sekolah menengah..
tapi......
semenjak ku masuk ke sekolah asrama, cuti ku banyak ku habiskan hanya duduk di rumah keluarga ku..tiada lagi rutin setiap akhir tahun ku ulang..tapi ada kala ku pulang sendiri ke rumah nenda untuk menjenguk & bertanya kabar..

Nenda...tenangla nenda disana..ku disini mengirimkan doa untuk mu...Kasih mu ku bawa hingga akhir nafasku

AL-FATIHAH

Thursday 1 December 2011

Order Sekali,Pasti Order Berkali-kali...~Atiee Aidil~

Assalamualaikum....

Order Sekali,Pasti Order Berkali-kali...

Ha...sedap kan tagline nie...Inspirasi dari myBFF ...Actually...ku baru membuat bisnes kecil-kecilan Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan...sampai tak menang tangan jugak la...Siap bersengkang mata la jugak...Sampai pagi...Ada 1 hari tue tido 1 jam jew..sbb nak siapkan tempahan 400 pcs apam polkadott...Alhamdulilah....Pengorbanan ku berbayar bila apam polkadott yang kuhasilkan cantik & sedap (itu komen dari pelanggan ku)

Alhamdulilah...
MULANYA DISINI
Nie dari cadangan adik ku yang mengesa untuk aku buat apam polkadot utk Majlis Pertunangan Adik Iparnya...Mulanya cam ader "M" tapi untuk maju ke hadapan kene la buang "M" tue pi jauh2...
Lepas jew succes & mendapat sambutan...Tempahan dari pelanggan tak henti-henti...Alhamdulilah...
Ha...ini la rupanya Apam Polkadot hasil pertama yang aku buat....Hi...hi...
Walaupun rasa cam PENAT sikit TAPI MENYERONOKAN...(Kalo tak caya cer buat)
Nie yang da siap di bungkus untuk dihantar kepada pelanggan


HUBUNGI
Untuk tempahan
Sila lah hubungi seperti diatas

:> Alhamdulilah...Rezeki dari MU

Benar katanya...Tapi Ku Mahukan Penjelasan~Atiee Aidil~

Kawan semasa senang mudah diganti...
Kawan semasa susah sukar dicari...

Kawan ketawa...
Kawan menangis...
Kawan suka...
Kawan duka...

Kawan yang sudi berkongsi masalah...
Kawan yang sentiasa bersama...
Kawan yang tidur sebantal...
Kawan yang makan bersama...

Tapi...

Kenapa kawan MESTI tinggal kawan...
&
Akhirnya..putuslah persahabatan...

Dulu waktu sebelum meningkat dewasa...Arwah uwan pernah berpesan kalau mahu berkawan "Jangan kawan terlalu rapat"...tapi waktu tue kan kecik lagi...kat pemikiran nie fikir...kawan mestilah kita rapat..tapi bila da semakin dewasa nie..baru la tahu maksud dari kata-kata uwan dulu..

Memang ada benarnya kata-kata uwan..sebab kita tak akan tahu pun apa yang akan jadi di masa akan datang..bila kita da jumpa kawan yang benar-benar faham kita..yang kita sayang..walaupun kawan tue bukan sebaya..sebab berkawan tak kira umur..asalkan kita rasa serasi..macam "serasi bersama"...kita anggap dia lah kawan kita..sebab sentiasa berkongsi semuanya..pi mana pun sentiasa bersama..da macam belangkas da..

Pendek kata sentiasa bersama..hmmm...tapi tue dulu..kini dah tak bersama lagi da sebab persahabatan tu da tak wujud lagi da..rasa cam sedih jew...teramat sedih..tapi nak buat macam mana kan..Apa yang berlaku tetap dah berlaku..Nak sedih air mata darah pun da tak da guna lagi da...Cuma perlukan penjelasan tapi tak mungkin kan..Walau apa pun hidup perlu diteruskan..Ku disini tetap mendoakan kebahagiannya didunia & akhirat...
Moral The Story : Rapat sangat pun tak boleh..Tak rapat sangat pun tak boleh jugak..Yang sedang-sedang jew la..sebab nanti hati yang sakit bertambah bengkak & bernanah sehingga boleh menjadi penyakit hati...

Untuk Mu Wanita Kesayangan Ku...~Atiee Aidil~

Ku wanita yang begitu menyayangi wanita yang berada di sekeliling ku....
Kerana bonda ku wanita yang hebat melahirkan..membesarkan ku sehingga ku dewasa...
Kini ku jua wanita yang telah melahirkan seorang Anugerah Terindah kurniaan NYA... 
Bagi ku hanya wanita yang memahami perasaan wanita..Oleh itu ku ingin berkongsi sesuatu yang rasakan amat penting kerana ku tidak mahu wanita yang ku sayangi menjadi alpa & lupa.


Disini ku titipkan 24 peringatan untuk wanita....

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya 
(apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah 
(kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

- Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

- Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

- Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

- Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

- Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

- Orang yang gemuk tapi kurus
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
- Orang yang alim tapi jahil
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

- Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
- Ingat kepada Allah SWT
- Lupakan budi baik mu pada orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
- Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
- Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
- Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta talak.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut kata-kata dan suruhannya.
- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri menyambut kedatangannya.
- Berdiri menghantar pemergiannya.
- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya..Marilah wanita diluar sana sama-sama kita berubah untuk kebaikan agar kita tak tergolong dari 24 peringatan untuk wanita, & mencari redha dari NYA..Insyallah...

Sunday 27 November 2011

Kehidupan Yang Perlu Penghijrahan...~Atiee Aidil~

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang Tahun Baru 1433 H




Alhamdulilah...kerana masih diberi peluang oleh NYA untuk ku menikmati & menyambut kedatangan Tahun Baru 1433 H
Syukur kehadrat Ilahi...
Tentang Hijrah...apa yang dimaksudkan dengan hijrah...
Sebagai manusia kita perlu melakukan Hijrah dari segi ke arah kebaikan..Bukan la kita nie digolongkan dalam golongan orang yang suka melakukan keburukan...tapi adakala kita lupa & lalai seketika...
Jadi mari kita melakukan Hijrah kearah kebaikan untuk menjamin menjadi manusia yang mulia disisi Allah S.W.T..Hijrah adalah pengorbanan yang paling baik..Tapi Hijrah ke arah kebaikan tau..


Sempena Tahun Baru 1433 H
Mari sama-sama hayati kisah Hijrah Rasulullah S.A.W

HIJRAH RASULULLAH SAW MELALUI NEGARA MADINAH

Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT Yang telah memberikan banyak keni'matan kepada kita. Yang seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu melakukannya. Dan, keni'matan yang terbesar yang diberikan kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai orang yang diberi keni'matan hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam. Tetapi, keni'matan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita ialah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam itu sampai kepada kita.

Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda Rasulullah SAW diperingati sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting dalam kehidupan dakwah rasulullah SAW. Yang di sini, kita peringati setiap tahunnya dengan nama "Maal Hijrah". Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah SAW ini merupakan peristiwa yang sangat penting?

Pertama, dakwah Rasulullah SAW apabila masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit. Terutama setelah RAsulullah SAW diperintahkan Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah, dan menunjukkan bahawa baginda tidak bersendirian, melainkan ada jamaah yang menyertainya, setelah Allah menurunkan surah al-Hijr:94:

"Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu."

Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah SAW memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Ka'bah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.

Pernah baginda sedang shalat berhampiran Ka'bah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Mu'ait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang shalat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Mu'ait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehinggalah Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.

Setelah penganiayaan secara fizikal tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul da'wah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda SAW dan para pengikutnya. Maka, terjadilah rancangan jahat itu selama lebih kurang 3 tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethiopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Maka, orang-orang kafir juga tidak mahu tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.

Sedangkan baginda Rasulullah SAW dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Justeru menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda SAW. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. baginda pada masa itu cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Tsaqif, yang akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaed bin Haritsah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu.

Baginda, mencuba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada disana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mut'im bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup melindungi keselamatan baginda SAW dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mut'im bin Adi.

Sejak itu, baginda selalu mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ia dimenangkan Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya."

Maka, baginda SAW, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah, meskipun pada masa itu tidak satu kabilah pun yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah Rasulullah SAW, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda: "Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepemimpinan) ini merupakan hak Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."

Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari khemah kabilah Amru bin Sa'sa'ah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah Islam. Setelah semuanya itu, Allah memberikan pertolongan dengan dipertemukannya baginda saw. dengan orang-orang Aus dan Hazraj yang datang untuk berhaji ke Makkah. Maka, apabila mereka mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan setelah itulah terjadi Bai'at Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama, sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yasrib,(nama Madinah sebelum dirubah oleh baginda saw).

Setelah rombongan Aus dan Hazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda mengirim Mus'ab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama Rasulullah. Mus'ab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Qu'an kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.

Dan ternyatalah dakwah Islam yang disampaikan oleh Mus'ab dan orang-orang Aus dan Hazraj yang telah memeluk Islam itu berjaya merubah public opinion penduduk Madinah, sehinggalah semua orang memperkatakan tentang Islam. Akhirnya, bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat Jumaah yang pertama kalinya di sana.

Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesiapan Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan Islam, maka baginda meminta Mus'ab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka, berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri daripada lelaki, dan 3 orang lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai di Makkah dan bertemu langsung dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Bai'at Aqabah II. Bai'at ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam. Yang juga merupakan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.

Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir. Tetapi untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33 /Al-Fath: 28 /As-Shaf: 9.

"Dialah Yang mengutus Rasul-Nya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, keatas agama-agama yang lainnya."

Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam masuk Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Ummayah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.

Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justeru wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.
Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurga-Nya.

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga." (Q.s. At-Taubah: 111).

Saat ini , ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah.

Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak keni'matan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar keni'matan kita di akhirat kelak. Dan sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk diantara orang-orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari ridha Allah dan syurga-Nya.

Wallahu a'lam.

Sunday 20 November 2011

Sayang Untuk Mu....~Atiee Aidil~

Sebuah kisah yang sedih...sesiapa yang membaca pasti akan menitiskan air mata...Kerana sebagai manusia perasaan kasih & sayang ada dalam diri kita...& 
kita juga punya abang kandung & punya adik @ kita adalah abang & kita adalah adik.
Jadi ku abadikan kisah seorang Abang dengan Adik nya 
(Ia bukan nukilan asli ku..tapi adalah diedit ejaan & ayatnya sedikit agar ia nampak kemas & akan lebih menusuk kalbu pada sesipa yang membaca)
 dalam blog kesayangan ku...Bila Jemari Mulai Berbicara...~Atiee Aidil~


Ceritanya bermula disini....
Ku punya seorang abang kandung yang dah lama terpisah..Tapi ku selalu utus surat padanya di kampung namun satu surat ku tak berbalas..
2 tahun yang lepas...ku telah bernikah tanpa pengetahuan abang..Sudah banyak kali ku mencari abang di kampung tapi usaha ku gagal...Sepanjang perkahwinan ku, ku langsung tidak tenang kerana selalu berfikir tentang abang.
Cuti sekolah yang lepas..ku ajak suami untuk pulang ke kampung..bagi membersihkan rumah pusaka mak & ayah.. Semasa membersih rumah ku lihat semua surat yang ku kirimkan pada abang ku 2 tahun yang lalu..
Ku baca surat pertama yang ku kirimkan pada abang sebelum ku bernikah dengan suami ku...
“Khas buat abangku,
Abg, ingat lagi tak..
Mak & ayah meninggal masa adik darjah 5..Abang plak tingkatan 5.., Masa tu mak & ayah terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa semata-mata mahu membeli kek ulangtahun adik
Habis semua perhiasan kat ruang tamu adik baling..Tapi adik hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg adik pecahkan..tibe2 banyak air keluar..Tapi abang cepat2 lap lantai umah kite..Tapi adik tak amik kisah pon pasal hal tu..
Sebelum pergi, mak & ayah cium kita berdua. Mereka cakap
“ Abang, jaga adik. Jangan bagi adik nangis. Kalo mak & ayah tak ada, abang jangan tinggalkan adik...
Jangan lupa mak & ayah tau..Ingat...jangan sesekali biar adik sorang-sorang “
Abang ingat tak??
Sebelum mak & ayah pergi beli kek, abang balik dari sekolah, & belikan adik pengikat rambut warna biru, sebab warna biru warna kegemaran abang..Tapi adik campak kat longkang belakang umah kite, Sebab adik suke warna pink. Lepas kejadian tu..Abang tak pernah ucap selamat ulangtahun kat ku lagi..Sampai sekarang..
Abang ingat tak.....
Kita hidup berdua jea lepas tu, abang dah tak sekolah lagi..tapi tak tau abang pergi mana..Bila malam baru abang balik dan tak pernah cakap ngan adik, Ingat tak, adik masak untuk abang, Tapi abang tak jamah pun makanan yang adik masak..Last2 pagi esok adik nampak ayam2 yg makan...Abang tak penah ucap terima kasih kat adik.
Abang ingat tak.....
Pernah sekali adik mintak duit belanja sekolah, Tapi waktu tu abang tengah tido..Adik amik Dua ringgit dalam poket jeans abang..Masa balik sekolah, abang lempang adik sampai mulut adik berdarah. & abang tak pujuk adik pun..Esoknya lika dibibir adik da baik..tapi abang masih macam semalam.
Abang ingat tak....
Semasa umur adik 18 tahun..abang hantar adik kat Kuala Lumpur, duduk rumah Pak Long..abang kata abang ada hal..Tapi sampai hari nie abangtak datang amik adik..Sudah berpuluh surat adik titipkan bersama airmata pada abang..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abang??
Sekarang umur adik dah mencecah 26 tahun, dan umur abang dah pun 32 tahun, kini adik telah pun disunting menjadi isteriKetika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..
Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku