Tuesday 8 November 2011

Kecantikan & Keyakinan...~Atiee Aidil~


Manusia pasti mahukan kecantikan..Kerana kecantikan memberi lebih keyakinan..tapi kecantikan bukan hanya terletak pada bibir mungil merah saga..mata bundar..rambut hitam mayang mengurai..& badan lansing  yang disarung dengan baju mewah bergemerlapan..
tapi....Untuk
  • Membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  • Mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang kita jumpai.
  • Mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan & memerlukannya.
  • Mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  • Mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan nescaya kita tidak akan pernah berjalan sendirian. 
  • Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah demi kebaikan, diperbaharui dari sifat buruk, dibentuk untuk kembali ke jalan yang diredhai NYA, dan diampun segala kesalahan kerana kita sesama manusia.

Jadi, jangan pernah kecilkan hati seseorang, kerana apabila kita sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika kita memerlukan pertolongan, akan ada tangan yang membantu.


Dan dengan bertambahnya usia, kita akan semakin mensyukuri kerana telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.


Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.


Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.


Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

No comments:

Post a Comment