Kadangkala luahan tidak mampu diluahkan..Hanya BILA JEMARI MULAI BERBICARA...ia mampu melahirkan kata-kata mahupun luahan hati yang tersimpan kukuh disanubari...bukan mahu minta simpati..sekadar hanya berkongsi..apa yang dirasa..berkongsi apa yang dilalui..berkongsi apa yang berlaku disekeliling..Kerana Itulah Kehidupan.....
~ Atiee Aidil ~
Aku dan ibuku tinggal berdua di rumah peninggalan ayahku yang telah meninggal dunia ketika aku baru lahir.
Ibuku bekerja memasak di kantin sekolah ku. Hidup kami walaupun susah namun ibuku amat menyayangiku cuma aku tidak sedar. Ibuku buta sebelah matanya, aku sangat malu dan sangat membencinya. Suatu hari saat aku masuk sekolah dia datang ke kelasku dan mengucap salam kepadaku.
Aku begitu malu di depan teman-temanku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku di hadapan kawan-kawanku. Lalu aku tidak pedulikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya sambil berlari pergi. Keesokan harinya salah seorang kawanku mengejekku dengan berkata “Hei ibumu hanya punya sebelah mata”
Saat itu aku merasa ingin mati sahaja, dan ingin ibuku itu hilang dan pergi dari kehidupanku. Lalu aku bertengkar dengan ibuku seraya mengatakan: “Kalau ibu hanya menjadi bahan tertawaan kawan-kawanku mengapa ibu tak mati saja” Ibuku hanya diam dan tak menjawab segala sumpah seranah yang aku tujukan kepadanya. Aku sama sekali tak memikirkan apa yang aku katakan kepadanya, kerana saat itu aku sangat marah kepadanya sebab memberi malu padaku. Dan aku juga tidak memperdulikan perasaannya terhadap sumpah seranahku itu.
Aku berhasrat ingin keluar dari rumah ibuku. Jadi aku belajar dengan rajin agar aku mendapat biasiswa untuk belajar ke luar negeri dan meninggalkan ibuku yang buta itu. Setelah habis belajar aku berjaya bekerja dan berkahwin, aku membeli rumah dan hidup bahagia dengan mempunyai dua anak. Pada suatu ketika ibuku mengunjungiku, kerana sudah bertahun-tahun dia tidak menemuiku dan tidak pernah bertemu dengan cucunya.
Ketika dia memberi salam dan isteriku membukakan pintu lalu anak-anakku mentertawakannya kemudian takut karena melihat wajahnya yang hanya dengan satu mata. Lalu aku menemuinya di luar dan berteriak kepadanya: “Betapa beraninya kamu ke rumahku dan menakut-nakutkan anak-anakku, pergi dari sini sekarang juga!!” Ibuku hanya menjawab: “ Maaf saya salah alamat” Dan kemudian dia pun pergi.
Beberapa lama selepas itu ada undangan perjumpaan semula sekolah lamaku dikirimkan ke rumahku. Jadi aku berbohong kepada isteriku dan aku mengatakan ada mesyuarat di luar bandar. Selesai perjumpaan semula di sekolah aku singgah di kampungku atas sekadar ingin tahu apa berita ibuku. Sampai di rumah lamaku, didapati rumah itu begitu usang tanpa penjagaan dan hampir roboh. Salah seorang jiran lama aku melihat kedatanganku dan menghampiriku. Beliau mengatakan kepadaku bahawa ibuku telah meninggal dunia. Aku langsung tidak merasa sedih atau menitiskan air mata mendengar berita itu. Lalu jiran aku itu menyerahkan sepucuk surat peninggalan dari ibuku untukku. Lalu aku pun membuka dan membacanya:
Anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap saat.
Maafkan aku kerana telah datang ke rumahmu dan menakut-nakutkan anak-anakmu.
Aku ke rumahmu kerana rindu dan teringin sangat melihat cucuku.
Walaupun kamu mengusirku tapi aku senang dapat melihatmu dan anak-anakmu.
Dan aku sangat bergembira setelah aku dengar engkau akan hadir ke perjumpaan semula sekolahmu.
Tapi sayangnya aku tidak bisa bangkit dari tempat tidur aku untuk melihatmu.
Anakku, maafkan aku yang telah membuatmu malu sewaktu kita masih bersama.
Ketahuilah anakku, sewaktu kau masih kecil kau mengalami kemalangan yang membuatmu kehilangan sebelah matamu.
Sebagai seorang ibu, aku tidak sanggup membiarkan kamu hidup hanya dengan satu mata saja.
Jadi aku dermakan mataku yang sebelah untukmu
Aku sangat bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku ditempatku dengan mata itu.
Bersama dengan cintaku.
IBUMU… '
Rajin + Usaha + Jangan Mengalah = Insyallah Berjaya
Hmmm......Ader aku kisah...Kalian nak kata apa..kata lah...Aper yang ku tahu & aper yang ku buat HALAL disisi NYA...Berbekalkan sunnah Nabi, Sembilan dari sepuluh rezeki iti adalah dengan BERNIAGA...
Ader la jugak dengar...
Wah...semuanya nak cuba...jual sepit la..now jual apam pokadott la...Halllooooo....ADER AKU KISAH kew??Suka hati la...nak buat aper...aper yang penting...Niat ku untuk berniaga adalah untuk mencari pendapatan HALAL..Tak minta modal pun dari kalian...Ku tak pernah ada rasa benci pun pada kalian diatas ketidak puashati kalian pada ku...Aper yang ku anggap adalah 1 semangat untuk ku buktikan ku mampu berjaya seperti orang2 yang telah berjaya...
Terima kasih pada semua yang sudi menitip kan doa untuk ku...Hanya ALLAH yang mampu membalas budi kalian..Terima kasih pada semua yang membantu yang menjadi pembakar semangat ku...Alhamdulilah...Rezeki ku kian bertambah...
Sekarang nie ku sedang membilang hari, menghitung masa, mengira detik..Jantung nie deras jew berdetik...nak tunggu saat 17hb disember 2011 nie..
Hmmm...bunyi cam suspend jew...hi..hi...kalo nak tau..kne settlekan entri nie sampai the end..
Hmm...da lama sebenarnya tak ubah mengubah nie..maklumlah da hampir 5 tahun majlis ku berlalu..now ku dikehendaki ubah mengubah hantaran lagi..Sukanya sebab ku memang minat sangat ubah mengubah nie..kira kononnya creatif la...ha..ha...bukan aper..seronok sebab cantik kan..bila ubah mengubah nie ikut apa yang ada kat fikiran..kira ikut "my taste" la..so tak peduli la aper orang nak kata..Yang penting CANTIK....hi..hi..wah puji hasil kerja sendiri..Hmm...sape la yang nak puji..kalau bukan diri sendiri..boleh jew untuk membina...bukan untuk berlagak..sebab ku nie dikategorikan dalam golongan "budak baru belajar"
Pihak lelaki menghantar 11 hantaran, banyak nyer..da la..semua barang hantaran dari pihak lelaki tidak diberitahu, kononya nak surprise..hmm..mesti ada iPad...wah...demand la plak...ha..ha...
Jadi pihak perempuan akan membalas 13 hantaran yang terdiri daripada :
Buah-buahan Tempatan
Coklat Ikatan Cinta
Baju Melayu & Kain Sampin
Sejadah & Buku Alam Perkahwinan
Minyak Wangi & Mandian Sejati
Jam Masa Itu Emas
Tuala Ikatan Kasih
Sireh Junjung Adat Disanjung
Bunga Rampai
Pulut Kuning Ikatan Suci
Apam Polkadot Atiee Aidil
Manisan
Kek Pertunangan
Ubah mengubah hampir siap...cuma tinggal edit mengedit jew lagi...
tapi semua hantaran tue belum berpose-pose lagi...sebab tak siap sepenuhnya lagi...Insyallah sebelum @ selepas majlis selesai, ku terus upload gambar kat belog kesayanganku..
Jadi nantikan la...hasil kreatif ku...untuk tatapan semua...wah...macam ramai plak peminat..perasan
Kisah yang begitu menyayat hati..Kasih seorang ayah kepada anaknya yang cuba memenuhi impian seorang anak istimewa..
Kisahnya bermula apabila :
One day a son asks his father:
"Daddy, will you run the marathon with me?"
The father answers yes and both run their first marathon together.
Then one day the son asks his father:
"Daddy, will you run the Ironman with me?"
(the Ironman is the toughest...it requires a 4km swim, 180km biking and 42km running).
The father says yes again.
This all sounds easy... but check this video out.
Yes You Can!
Team Hoyt is an inspirational story of a father, Dick Hoyt, and his son, Rick, who compete together in marathons and triathlons across the country.
Team Hoyt strives to help those who are physically disabled become active members of the community. Join us in spreading Team Hoyt's message, "Yes You Can!"
Moral of the story :
Walaupun ayahnya bukan seorang pelumba lari yang pantas, bukan jua perenang yang hebat & bukan juga penunggang basikal..namun demi permintaan anak yang tersayang...Ayahnya lakukan jua semuanya untuk melihat anaknya senyum,
Sebagai manusia kita akan lakukan apa saja untuk melihat orang yang kita sayang, orang yang kita cintai dalam keadaan gembira & tersenyum.
Jadi...Sayangi lah & hargai lah orang disekeliling kita.
Minat meminati buat kek + kuih + desert & yang berkaitan dengan masakan nie..dah lama da...Kalau tak minat...masakan tingkatan 4 sampai tingkatan 5 ku duduk berjauhan dari keluarga untuk menimba ilmu..wah...ayat...ha..ha...tapi betul la..dulu teman nie blajo kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsaramik jurusan Bakeri...Macam-macam la yang teman blajo kat sana...Banyak ilmu yang teman dapat...
Ha...sekarang nie minat + kesungguhan...Maka sekarang nie tengah membuat bisnes kecil-kecilan.. Alhamdulilah...Sekarang nie kan tengah cuti sekolah..Ada banyak majlis yang berlansung.. jadi adalah teman-teman, jiran-jiran, saudara-mara yang nak buat kenduri membuat tempahan Apam Polkadot Atiee Aidil..
Kat sini ku sertakan gambar Apam Polkadot yang telah siap & dihantar kepada pelanggan yang membuat tempahan...
Ha..pada sesiapa yang nak buat tempahan : Boleh la..buat tempahan..kalau nak pack-pack untuk masukkan dalam goodie bag pun boleh..
Terasa cepat benar masa berlalu..Tak terkejar oleh ku..Hmm..mana mungkin manusia biasa seperti ku mampu mengejar masa..Yang mampu ku lakukan dengan menghargai masa...
Rasanya baru semalam keluarga ku menerima ahli baru, rasanya baru semalam ku admit hospital kerana sakit mahu melahirkan, rasanya baru semalam ku mendukung zuriat ku sendiri, menyusukan zuriat ku, mendodoikan zuriat ku.. rasanya baru semalam ku mengalami pengalaman baru..pengalaman yang amat berharga sebagai seorang mama...
Ya Allah..cepat sungguh masa berlalu..
Bila difikirkan balik rasanya semua yang ku alami baru saja semalam berlalu...Tapi...rupanya da hampir 2 tahun 6 bulan pengalaman ku berlalu..Namun sedikit pun tak pernah ku lupakan detik-detik manis ku bergelar mama buat Anugerah Terindah Kurniaan Dari NYA..
Yang ku beri nama MUHAMMAD AIDIL ZAFRAN BIN ERWAN.
Masa begitu mencemburui ku..Rugi rasanya andai ku tak hargai perjalanan si kecil ku..Dari mula si kecil ku melihat bertapa indah nya dunia ciptaan Ilahi..Betapa sayangnya ku pada si kecil.
Dari mula si kecil ku meniarap..merangkak..berjalan & jatuh..Bergelak ketawa..& yang paling indah sekali bila si kecilku memanggil ku "mama" ... Sungguh hebat Kurniaan Dari NYA..
Bagi ku semuanya adalah memori yang sangat berharga yang akan ku kenang hingga akhir hayat ku..
Tapi si kecil ku tak merangkak..Hanya menghesot-hesot badannya..Risau la jugak...tapi itu adalah normal bila kerisauan ku ini ku suarakan pada pakar kanak-kanak..
Genap 1 tahun 1 bulan..Si kecil ku sudah mampu berjalan walaupun agak terhuyung hayang...Masih ku ingat lagi..Si kecil ku menyambut kepulangan ku dari kerja dengan menunjukan yang si kecil telah mampu berjalan..
Ku sambut dengan penuh kegembiraan & kesyukuran...Terima kasih ALLAH...
Kini si kecil ku dah pun berumur 2 tahun 6 bulan...Keletahnya bercakap sampai ada yang kata si kecil ku nie orang tua..mungkin kerana terlalu banyak nya soalan dari si kecil ku..Keletahnya adalah penawar bagi ku..
2 tahun 6 bulan adalah umur dimana si kecil mula belajar dari orang di sekeliling...perasaan ingin tahu itu & ini ada dalam dirinya...
Si kecil ku aktif walaupun demam..rutin nya macam biasa..walaupun demam..Ku bersyukur kerana Kurniaan dari NYA pada ku..
Sebenarnya dah banyak kali jugak la..ku terserempak dengan pelbagai orang..bila orang tue lihat si kecil ku..Mereka pasti akan sentuh dahi si kecil ku & kata "ini budak banyak bagus, ada tuah, susah mahu cari macam nie"..Kemudian mereka pasti akan kata jaga baik-baik..Ku tak lah percaya sangat..tapi ku sentiasa berdoa pada NYA...& berharap agar si kecil ku berjaya di dunia & akhirat..Impian keluarga ku..mahu melihat si kecil ku berjaya menjadi seorang "Doktor Pakar"...Insyallah...Akan ku lakukan yang terbaik untuk si kecil ku...
Si kecil ku paling suka dengar lagu "Kalau Berpacaran"..kalau lagu tu berkumandang...mula la si kecil bergelek sakan..Ku pula pasti akan merakam keletahnya, ada 1 video yang ku rakam..si kecil ku dengan gaya bertudung...bukan untuk membiarkan si kecil ku menyerupai perempuan tapi sekadar untuk simpanan kenangan...Bila si kecil ku dewasa kelak pasti ku akan tunjukkan kepadanya..Kerana apa yang dah berlalu tak mungkin akan berulang kembali..Jom tengok keleteh si kecil ku dengan lagu "Kalau Berpacaran"
Satu yang paling si kecil ku takut ialah waktu potong rambut...Setahun pastikan akan 2 @ 3 kali rambut si kecil ku dipotong di kedai, maklumlah rambutnya cepat panjang..Mula jea duduk atas kerusi..terus menangis tak henti-henti sampai la selesai seisi potong rambut.Bila ajak si kecil potong rambut jew..pasti si kecil cakap "nanti adik angis"...tapi tetap pi kedai jugak untuk potong rambut...sebab bila da botak si kecil ku nampak comel sangat...bulat jew...macam shoilin shoker...
Kalau nak story mory tentang si kecil ku nie..memang xcukup..nanti akan ku abadikan lagi segala kenangan yang terindah bersama si kecil ku yang semakin meningkat besar..Si kecil ku @ Anugerah Terindah Kurniaan Dari NYA, ketahuilah marah mama untuk si kecil agar si kecil menjadi insan berguna..& mama mahu si kecil tahu yang mama bahagia kerana kehadiran si kecil yang membawa beribu juta kebahagian..Keletah mu yang mencuit hati sesiapa sahaja..Kehadiran mu jua membawa rezeki yang melimpah ruah...Alhamdulilah...Terima kasih ALLAH..